Friday, September 26, 2008

Non-Muslim menguasai ekonomi Muslim- dalam konteks negara Malaysia

Pembangunan ekonomi memang merupakan titik keperhatinan ramai ahli bijak pandai baik cendekiawan Muslim mahupun non muslim. Negara yang maju akan dikaitkan dengan ekonomi yang mantap dan kukuh kerana untuk menjadi negara yang maju ekonomi haruslah mantap dari segala segi. Malaysia tidak ketinggalan turut menjadi salah sebuah negara yang maju di Asia. Walaubagaimanapun ekonomi Malaysia tidaklah dikuasai oleh umat Islam sepenuhnya tetapi lebih dimonopoli oleh golongan non Muslim. Ini dapat dilihat dan dibuktikan dengan pembukaan syarikat-syarikat perniagaan yang banyak dimonopoli oleh golongan non muslim. Tidak dinafikan ada juga orang Islam yang membuka syarikat yang besar namun jumlahnya tidaklah banyak berbanding dengan non muslim. Di antara faktor mengapa non muslim lebih menguasai ekonomi Malaysia adalah kerana mereka berani untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan risiko, mereka mempelajari matapelajaran ekonomi dan menguasai bidang tersebut.

Agak menyedihkan apabila negara Malaysia yang dikatakan negara Islam tetapi hampir seratus peratus ekonomi negara disumbangkan oleh non Muslim. Taraf hidup non Muslim lebih baik dari umat Islam sendiri. Meskipun menyedari akan hakikat itu, namun umat Islam masih enak dibuai mimpi tanpa mengambil peduli betapa pentingnya umat Islam perlu untuk menguasai ekonomi negara Malaysia agar tidak dipandang rendah oleh non Muslim, malah diangkat lebih tinggi lagi kerana menguasai ekonomi. Oleh itu, kita sebagai umat Islam khususnya di negara Malaysia perlu mempunyai persediaan yang secukupnya, menguasai segala jenis ilmu untuk menguasai ekonomi negara supaya akhirnya umat Islam di Malaysia akan menjadi penyumbang terbesar dalam kemajuan negara Malaysia. Wallahu'alam.




Monday, September 8, 2008

tarbiyatul awlad...

anak-anak adalah anugerah Allah s.w.t kepada setiap pasangan suami dan isteri. kehadiran anak-anak menambahkan lagi seri serta melengkapkan kehidupan berkeluarga. secara fitrahnya, anak yang baru dilahirkan ibarat kain putih yang tiada cacat celanya. ibu bapa yang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak samada ke arah kebaikan atau keburukan. jika anak dididik dengan baik, maka baiklah anak itu, jika tidak sempurna didikan, maka rosaklah anak itu. isu pendidikan anak-anak wajib diambil berat. ada pepatah melayu mengatakan "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". ini bermaksud mendidik anak-anak perlulah daripada peringkat awal. memberi pendidikan agama yang secukupnya tanpa henti walaupun anak itu sudah meningkat dewasa kerana dengan ilmu agama yang dimiliki oleh anak tersebut dapat memandu diri mereka dalam membezakan kebaikan dan keburukan.

jika dilihat pada anak-anak zaman sekarang yang serba moden ini, ibu bapa seolahnya mengabaikan tanggungajwab mereka dalam mendidik anak-anak. mereka tidak memberi pendidikan dan perhatian secukupnya kepada anak-anak. mereka membiarkan anak-anak meronta-ronta mencari halatuju sendiri tanpa mengambil peduli apa yang berlaku terhadap anak mereka. akibatnya anak-anak hanyut dibawa arus kelalaian. apabila perkara ini berlaku, sukarlah bagi ibu bapa untuk mengawal anak mereka. oleh itu ibu bapa tidak mesti tidak perlu memandang serius akan pendidikan terhadap anak-anak bukan sahaja untuk jangka masa yang pendek malah diharapkan untuk jangka masa yang panjang kerana pendidikan adalah suatu perkara yang berterusan tidak ada putusnya.oleh itu di sini ingin saya meminta komentar dari sahabat sekalian akan isu tarbiyatul awlad ini..wassalam

murtad di malaysia-peguam Muslim lancar jihad undang-undang

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh missionaris antarabangsa, manakala mereka yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang. Tanggal 12 Julai cukup bersejarah dalam dunia kepeguaman negara apabila kes Lina Joy menjadi pencetus gagasan peguam Muslim Malaysia bangkit melancarkan 'jihad undang-undang' demi mempertahankan akidah dan kedaulatan Islam yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Seluruh dewan mesyuarat Mahkamah Syariah 'tegang dan panas' apabila disimbah benzen semangat Islam yang meluap-luapkan api perjuangan. semua hadirin yang terdiri daripada peguam, pensyarah universiti dan juga pelajar undang-undang untuk bertindak agresif mempertahankan undang-undang Islam dan kedaulatannya. Dalam kes Lina Joy (kini berusia 43 tahun), beliau telah memohon kepada pihak mahkamah untuk memadamkan kalimah ISLAM dalam kad pengenalannya.

Kebangkitan seumpama ini sangat membanggakan. Setelah sekian lama peruntukan undang-undang ISLAM yang makin diperkecil dan diperlekehkan, Allah telah menyatukan seluruh peguam Muslim dan mereka yang berjuang dalam arena perundangan untuk bangkit mempertahankan kalimah ALLAH dalam jihad undang-undang. Marilah kita kembali bersatu seumpama kesatuan umat dalam mempertahankan akidah Natrah suatu ketika dulu. Semua rakyat dan pemimpin bersama bangkit mempertahankan Islam demi seorang wanita yang ingin dikafirkan semula oleh sistem perundangan Kuffar. Sebagai umat Islam kita akan terus berusaha mempertahankan akidah rakyat dan membimbing rakyat untuk menghayati Islam yang Syumul. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan Islam yang kian dicabar oleh musuh Islam diserata dunia, dari segala sudut, dari segala dimensi.