Monday, October 13, 2008

gelisah dan murung- penyakit senyap yang membunuh

Umum mengetahui penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan angin ahmar adalah penyakit senyap yang merbahaya. Kerana itu ia dipanggil sebagai pembunuh senyap (silent killer), maka ramai orang takut akan penyakit ini. Sebenarnya tanpa diketahui dan diberi perhatian umum, ada satu lagi jenis penyakit yang lebih berbahaya dan lebih senyap. Ia merupakan penyakit pemusnah. Dikatakan demikian kerana penghidap penyakit jenis ini adalah pesakit yang lebih suka bersendirian dan tidka mahu berkongsi penyakitnya dengan orang lain. Orang lain tidak tahu dan menyedari seseorang itu menghidap penyakit kerunsingan dan kemuraman. Penyakit ini menjadikan penghidapnya mengalami penderitaan yang amat sangat. Apabila ia menghidapnya dalam tempoh yang amat panjang akan memberi kesan yang amat besar dan akhirnya menjadi penjana kepada penyakit seperti histeria, darah tinggi, pitam, urat saraf dan lain-lain.

Penyakit yang dimaksudkan ini lebih dikenali sebagai penyakit kemurungan. Penyakit ini adalah satu cabang daripada penyakit jiwa. Cuma bezanya, sama ada penghidapnya berada pada peringkat ringan atau kronik. Akal mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia, sementara mabuk pula lebih kuat daripada akal. Kekuatan mabuk dapat dikalahkan oleh tidur dan pengaruh yang lebih kuat lagi daripada tidur ialah hati yang gelisah. Oleh itu elakkan daripada gelisah, kerana gelisah boleh membunuh yang mengatasi kekuatan manusia.

Sunday, October 12, 2008

Pelajar Islam di IPT perlu fasih berbahasa Inggeris

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunapakai hampir keseluruhan negara di seluruh dunia. Tidak terkecuali Malaysia juga menggunakan Bahasa Inggeris di dalam urusan rasmi negara selain Bahasa Melayu yang dijadikn sebagai bahasa ibunda dan perantaraan di Malaysia. Malah bahasa Inggeris juga turut dijadikan bahasa pengajaran di sesetengah IPT tertentu seperti UIAM, KUIS dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Islam khususnya orang Melayu masih berada pada tahap yang lemah dan membimbangkan walaupun bahasa ini telah mula dipelajari sejak kecil. Pelajar Islam seakan mengambil ringan akan bahasa ini kerana tidak menganggap ia bahasa yang penting sedangkan bahasa inilah yang akan digunakan lebih digunakan apabila menempuhi alam pekerjaan. Oleh itu, pelajar Islam harus mempunyai kesedaran untuk menguasai bahasa Inggeris agar tidak ketinggalan jauh di belakang. Wallahua'lam..

ibnu sina tokoh ilmuan Islam-Bapa Perubatan Dunia

1. Biodata;

· Hussin Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina

· Lahir 980M / 424H di Bukhara

· Keturunan turki

· Terkenal dalam bidang kedoktoran dan falsafah islam

2. Sifat peribadi;

· Kreatif, gigih, dan tekun dalam menerokai ilmu khasnya ilmu perubatan

· Bersungguh-sungguh memepelajari ilmu

· Mempu menggabungkan ilmu sains dengan perkara ghaib

· Akalnya cerdas

3. Pendidikan;

· Belajar sejak usia 5 tahun di Bukhara

· Belajar :

§ ilmu tafsir

§ Al-Quran

§ Fikah

§ Usuluddin

§ Tasawwuf

§ Ilmu mantic, matematik, geografi, sains, fizik dan astronomi

· Hafaz al-Quran umur10 tahun

· Mempelajari ilmu kedoktoran semasa umur 17 tahun ( hingga menghasilkan kitab al-Qanun fit-tib )

· Banyak membaca buku semasa bertugas di perpustakaan ( buat rujukan dan hafaz fakta )

4. Sumbangan;

· Menghasilkan kitab al-qanun fit-tib ( membincangkan masalah kedoktoran secara spekulatif dan praktikal )

· Menghasilkan banyak risalah dalam bidang kedoktoran

· Menjalankan kajian dalam bidang biologi dan fizik (diikitraf pemikirannya mendahului zamannya)

· Membawa pemikiran: ( ilmu logic adalah salah satu cabang sains yang berhubung dengan kajian jiwa )

Saturday, October 11, 2008

politik Islam

Politik adalah perkara asas dalam pemerintahan sesebuah kerajaan dan ia tidak boleh dipisahkan daripada islam. Sebagaimana dalam Al-Quran :
” …….hendaklah ada dikalangan kamu satu umat yang meyeru kepada kebaikan (menyuruh kepada makruf) dan melarang dari kemungkaran sementara kamu beriman kepada Allah”.
Apa yang dilihat sekarang ini ramai kalangan pemimpin sesebuah kerajaan terkeliru tentang konsep politik menurut syariat Islam. Golongan ini adalah golongan secular yang terpengaruh dengan budaya yang terpisah dari syariat. Bagi mereka politik harus terpisah dari Islam dan tiada hubung-kait antara keduanya. Politik menurut perspektif Islam pula bukanlah sesuatu yang bersifat statik, jumud dan tertutup rapat. Ia menjadikan syariat sebagai pangkal atau asas utamanya, bersandar kepadanya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan manusia. Dengan kata lain ia bersifat dinamik berkembang bersama perkembangan masyarakat yang sentiasa diperbaharui bersama pembaharuan pemikiran terbuka untuk ijtihad sesuai dengan kehendak sesuatu zaman.

KONSEP POLITIK ISLAM

· Islam merupakan system yang tersusun dan mempunyai prinsip-prinsip yang tetap. Bagi Al-Maududi seorang tokoh terkenal gerakan Islam di Pakistan terdapat tiga prinsip politik dalam Islam iaitu Tauhid, Risalah dan Khilafah.

o Tauhid memberi maksud mempercayai Allah s.w.t. bahawa tuhan yang satu (esa), dan layak disembah. Allah yang mencipta semua kejadian dan menentukan nilai-nilai serta meletakkan ukuran (Qadar).

o Risalah, Allah telah memberikan risalah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul melalui wahyu untuk mengajak manusia mentauhidkan Allah, supaya mereka beriman kepada Allah.

o Khilafah adalah bermaksuh tunduk, sembah ataupun taat. Dalam surah Al-Dzariyat ayat 56, “ Dan tidak aku (Allah) menciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah –KU”.
Pembentukan negara Islam berasaskan Institusi Khilafah mesti diwujudkan. Islam tidak menetapkan cara dan bentuk perlaksanaan dalam politik Islam.

· Apa yang wajar dilakukan ialah melihat ciri-ciri politik Islam yang sesuai seperti Khilafah, Syura dan Bai’ah yang seharusnya menjadi panduan dan pedoman dalam menerajui kerajaan yang diwujudkan. Pemimpin perlu jelas akan matlamat mereka melaksanakan perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan dalam masyarakat dan juga negara berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

INSTITUSI KHILAFAH

Ø Khilafah bermaksud tunduk, sembah ataupun taat.
Ø
Khalifah bermaksud orang yang bertanggungjawab menjadi ketua negara.
Ø
Institusi khilafah zaman Rasulullah bukan seperti intitusi biasa kerana ia berbeza dengan Daulah. Terdapat empat keadaan penting dalam institusi Khilafah zaman Rasulullah iaitu :

o Kuasa mutlak adalah Allah s.w.t.

o Manusia hanya pentadbir di muka bumi sahaja.

o Pentadbiran undang-undang yang dijalankan hendaklah berdasarkan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah.

o Dalam menjalankan undang-undang Allah, manusia perlu memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

Ø Institusi Khilafah penting kerana ia adalah ketua kepada negara dan tertakluk dengan peraturan yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Hadis.

Ø Institusi Khilafah juga merupakan simbol kepada agama Islam. Oleh itu khalifah bukan sekadar menjadi ketua malahan menjadi Imam kepada sembahyang lima waktu.

Ø Khilafah juga merupakan simbol keamanan dan kestabilan negara. Khalifah merupakan hakim dalam mahkamah kerana ia merupakan orang yang paling dipercayai yang seharusnya memainkan peranan penting dalam membuat keputusan undang-undang.

CIRI-CIRI POLITIK ISLAM

PERLANTIKAN KHALIFAH

q Terdapat tiga bentuk pemilihan atau perlantikan khalifah Islam, semasa zaman Khulafa Al-Rasyidin.

o Perlantikan Khalifah Abu Bakar selepas kewafatan Rasulullah adalah daripada persetujuan umum di khalayak ramai dan semua orang-orang Islam telah memberi Bai’ah kepadanya.

o Perlantikan Khalifah Umar bukan daripada persetujuan orang ramai tetapi merupakan lantikan daripada Khalifah Abu Bakar sendiri. Perlantikan demikian bertujuan untuk mengelakkan perselisihan di kalangan masyarakat Islam sesama sendiri.

o Perlantikan khalifah Uthman selepas Khalifah Umar dilakukan dengan cara mesyuarat.

MAJLIS SYURA ATAU MAJLIS PENASIHAT

Ø Majlis syura atau majlis penasihat kepada pemimpin negara.

Ø Segala keputusan ketua negara harus mendapat persetujuan Majlis Syura, pemerintah tidak boleh sewenang-wenang membuat keputusan.

Ø Rusulullah telah mengikut Sistem Syura seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah.
“ …..dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”.
( surah Ali Imran ayat 159)
”…...dan bagi orang yang menerima seruan tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka….”
(surah Al-Syura ayat 38).

Ø Di dalam pentadbiran Islam, khalifah mestilah merujuk kepada Al-Quran jika terdapat permasalahan yang berlaku dan kemudian merujuk pula kepada sunnah.

Ø Sekiranya tidak dapat mencari jalan penyelesaian, maka harus merujuk kepada Majlis Syura (termasuk hakim-hakim)untuk mencari jalan penyelesaian. Biasanya keputusan ditentukan oleh Ijma’ (persepakatan semua ahli Syura).

Ø Jika ketiga-tiga kaedah ini tidak berjaya mereka boleh melakukan ijtihad yang berdasarkan Al-Quran dan sunnah.jika mereka tidak mendapat jalan pernyelesaian. Selanjutnya.

BAI’AH

Ø Perkataan bai’ah berasal daripada perkataan ba’a yang bermaksud menjual.
Syarat sah berjual beli ialah akad. Kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli mestilah berakad sebelum berjual beli.
Ø
Bai’ah khalifah ialah seperti berjual beli, khalifah sebagai pembeli manakala rakyat sebagai penjual.
Ø Membai’ah seorang khalifah bermaksud memberi kepercayaan kepada seseorang khalifah untuk memimpin negara.
Ø
Seseorang khalifah mestilah berazam untuk menunaikan tanggungjawab memimpin, dan mempunyai keperibadian yang mulia.

pembinaan keluarga Islam

Institusi keluarga ialah unit asas dan yang paling penting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia seebuah keluarga, maka akan baik, sejahtera dan bahagia lah generasi yang akan dilahirkan oleh sesebuah masyarakat. Jika institusi keluarga berpecah belah, maka ianya memberi kesan kepada generasi yang akan dilahirkan.

Pembentukan keluarga Islam mempunyai objektif tertentu, antaranya ialah:
1. Mewujudkan umat yang kuat. Kekuatan ini bermula dari sistem kekeluargaan yang utuh dan padu.

2. Mengekalkan generasi manusia melalui proses kelahiran hasil dari perkahwinan yang sesuai dengan tuntutan syarak dan naluri kemanusiaan.

3. Memelihara keharmonian suami isteri dari tercemar.

4. Mewujudkan kerjasama suami isteri dengan baik dalam mendidik dan menjaga keturunan mereka dengan cara yang baik.

5. Menggalakkan ibadat kepada umat Islam.

6. Mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t, peningkatan darjat dan kemantapan sikap.

7. Menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Monday, October 6, 2008

Ke arah penghayatan Islam yang syumul

Fikrah kita adalah fikrah Islam atau Din Islam. Agama Islam adalah agama yang terawal dan kekal abadi yang dibawa oleh rasulullah s.a.w, para sahabat dan pengikutnya sehingga hari akhirat kelak. Islam adalah satu peraturan hidup yang luas, lengkap dan merangkumi semua ruang hidup. Kita tidak boleh menambah atau mengurangkan mana-mana bahagian dari ajaran Allah s.w.t . Di dalam apa keadaan sekalipun kita tidak boleh mendahului Islam kerana kita adalah pengikut ajaran Allah s.w.t. Untuk menghayati Islam dengan sebenar-benarnya kita sebagai umat Islam perlu menyesuaikan diri dengan Islam supaya serasi dengan ajaran Allah s.w.t, mengakui dan mengiktiraf agama Islam sahajalah agama yang sebenar-benarnya melebihi agama lain, perlu kepada tarbiyah, berpuas hati hanya dengan agama Islam, kepatuahan kepada Allah yang berterusan, 'ubidiyyah lillahi wahdah, segala yang kita lakukan hanyalah untuk Allah untuk mencapai keredhaan-Nya, melaksanakan Islam keseluruhannya, perlu kepada amal jamaie serta berusaha dan bertawakal hanya kepada Allah s.w.t. Wallahu'alam.

Negara Islam- adakah Malaysia sebuah negara Islam?

Sesebuah negara boleh dikatakan sebagai negara Islam apabila rakyat negara itu mengamalkan ajaran Islam dan melaksanakan semua tuntutan Islam tanpa berbelah bagi. Menjatuhkan hukuman berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t serta berlaku adil dalam setiap perkara tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan. Oleh itu, negara Islam haruslah mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam. Antara ciri-cirinya ialah syariat Islam yang mesti dipatuhi, umat yang mendokonginya dan pemerintahan Islam yang menaunginya. Persoalan di sini, adakah Malaysia benar-benar sebuah negara Islam seperti yang dikatakannya kerana seperti yang diketahui Malaysia sendiri tidak melaksanakan ajaran Islam contohnya dari sudut perundangan. Malah menggunakan pakai undang-undang Barat yang telah diadaptasi setelah negara dijajah oleh Barat.