Monday, October 13, 2008
gelisah dan murung- penyakit senyap yang membunuh
Penyakit yang dimaksudkan ini lebih dikenali sebagai penyakit kemurungan. Penyakit ini adalah satu cabang daripada penyakit jiwa. Cuma bezanya, sama ada penghidapnya berada pada peringkat ringan atau kronik. Akal mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia, sementara mabuk pula lebih kuat daripada akal. Kekuatan mabuk dapat dikalahkan oleh tidur dan pengaruh yang lebih kuat lagi daripada tidur ialah hati yang gelisah. Oleh itu elakkan daripada gelisah, kerana gelisah boleh membunuh yang mengatasi kekuatan manusia.
Sunday, October 12, 2008
Pelajar Islam di IPT perlu fasih berbahasa Inggeris
Walaubagaimanapun, penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Islam khususnya orang Melayu masih berada pada tahap yang lemah dan membimbangkan walaupun bahasa ini telah mula dipelajari sejak kecil. Pelajar Islam seakan mengambil ringan akan bahasa ini kerana tidak menganggap ia bahasa yang penting sedangkan bahasa inilah yang akan digunakan lebih digunakan apabila menempuhi alam pekerjaan. Oleh itu, pelajar Islam harus mempunyai kesedaran untuk menguasai bahasa Inggeris agar tidak ketinggalan jauh di belakang. Wallahua'lam..
ibnu sina tokoh ilmuan Islam-Bapa Perubatan Dunia
1. Biodata;
· Hussin Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina
· Lahir 980M / 424H di Bukhara
· Keturunan turki
· Terkenal dalam bidang kedoktoran dan falsafah islam
2. Sifat peribadi;
· Kreatif, gigih, dan tekun dalam menerokai ilmu khasnya ilmu perubatan
· Bersungguh-sungguh memepelajari ilmu
· Mempu menggabungkan ilmu sains dengan perkara ghaib
· Akalnya cerdas
3. Pendidikan;
· Belajar sejak usia 5 tahun di Bukhara
· Belajar :
§ ilmu tafsir
§ Al-Quran
§ Fikah
§ Usuluddin
§ Tasawwuf
§ Ilmu mantic, matematik, geografi, sains, fizik dan astronomi
· Hafaz al-Quran umur10 tahun
· Mempelajari ilmu kedoktoran semasa umur 17 tahun ( hingga menghasilkan kitab al-Qanun fit-tib )
· Banyak membaca buku semasa bertugas di perpustakaan ( buat rujukan dan hafaz fakta )
4. Sumbangan;
· Menghasilkan kitab al-qanun fit-tib ( membincangkan masalah kedoktoran secara spekulatif dan praktikal )
· Menghasilkan banyak risalah dalam bidang kedoktoran
· Menjalankan kajian dalam bidang biologi dan fizik (diikitraf pemikirannya mendahului zamannya)
· Membawa pemikiran: ( ilmu logic adalah salah satu cabang sains yang berhubung dengan kajian jiwa )
Saturday, October 11, 2008
politik Islam
Politik adalah perkara asas dalam pemerintahan sesebuah kerajaan dan ia tidak boleh dipisahkan daripada islam. Sebagaimana dalam Al-Quran :
” …….hendaklah ada dikalangan kamu satu umat yang meyeru kepada kebaikan (menyuruh kepada makruf) dan melarang dari kemungkaran sementara kamu beriman kepada Allah”.
Apa yang dilihat sekarang ini ramai kalangan pemimpin sesebuah kerajaan terkeliru tentang konsep politik menurut syariat Islam. Golongan ini adalah golongan secular yang terpengaruh dengan budaya yang terpisah dari syariat. Bagi mereka politik harus terpisah dari Islam dan tiada hubung-kait antara keduanya. Politik menurut perspektif Islam pula bukanlah sesuatu yang bersifat statik, jumud dan tertutup rapat. Ia menjadikan syariat sebagai pangkal atau asas utamanya, bersandar kepadanya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan manusia. Dengan kata lain ia bersifat dinamik berkembang bersama perkembangan masyarakat yang sentiasa diperbaharui bersama pembaharuan pemikiran terbuka untuk ijtihad sesuai dengan kehendak sesuatu zaman.
KONSEP POLITIK ISLAM
· Islam merupakan system yang tersusun dan mempunyai prinsip-prinsip yang tetap. Bagi Al-Maududi seorang tokoh terkenal gerakan Islam di Pakistan terdapat tiga prinsip politik dalam Islam iaitu Tauhid, Risalah dan Khilafah.
o Tauhid memberi maksud mempercayai Allah s.w.t. bahawa tuhan yang satu (esa), dan layak disembah. Allah yang mencipta semua kejadian dan menentukan nilai-nilai serta meletakkan ukuran (Qadar).
o Risalah, Allah telah memberikan risalah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul melalui wahyu untuk mengajak manusia mentauhidkan Allah, supaya mereka beriman kepada Allah.
o Khilafah adalah bermaksuh tunduk, sembah ataupun taat. Dalam surah Al-Dzariyat ayat 56, “ Dan tidak aku (Allah) menciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah –KU”.
Pembentukan negara Islam berasaskan Institusi Khilafah mesti diwujudkan. Islam tidak menetapkan cara dan bentuk perlaksanaan dalam politik Islam.
· Apa yang wajar dilakukan ialah melihat ciri-ciri politik Islam yang sesuai seperti Khilafah, Syura dan Bai’ah yang seharusnya menjadi panduan dan pedoman dalam menerajui kerajaan yang diwujudkan. Pemimpin perlu jelas akan matlamat mereka melaksanakan perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan dalam masyarakat dan juga negara berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
INSTITUSI KHILAFAH
Ø Khilafah bermaksud tunduk, sembah ataupun taat.
Ø Khalifah bermaksud orang yang bertanggungjawab menjadi ketua negara.
Ø Institusi khilafah zaman Rasulullah bukan seperti intitusi biasa kerana ia berbeza dengan Daulah. Terdapat empat keadaan penting dalam institusi Khilafah zaman Rasulullah iaitu :
o Kuasa mutlak adalah Allah s.w.t.
o Manusia hanya pentadbir di muka bumi sahaja.
o Pentadbiran undang-undang yang dijalankan hendaklah berdasarkan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah.
o Dalam menjalankan undang-undang Allah, manusia perlu memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Ø Institusi Khilafah penting kerana ia adalah ketua kepada negara dan tertakluk dengan peraturan yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Hadis.
Ø Institusi Khilafah juga merupakan simbol kepada agama Islam. Oleh itu khalifah bukan sekadar menjadi ketua malahan menjadi Imam kepada sembahyang lima waktu.
Ø Khilafah juga merupakan simbol keamanan dan kestabilan negara. Khalifah merupakan hakim dalam mahkamah kerana ia merupakan orang yang paling dipercayai yang seharusnya memainkan peranan penting dalam membuat keputusan undang-undang.
CIRI-CIRI POLITIK ISLAM
PERLANTIKAN KHALIFAH
q Terdapat tiga bentuk pemilihan atau perlantikan khalifah Islam, semasa zaman Khulafa Al-Rasyidin.
o Perlantikan Khalifah Abu Bakar selepas kewafatan Rasulullah adalah daripada persetujuan umum di khalayak ramai dan semua orang-orang Islam telah memberi Bai’ah kepadanya.
o Perlantikan Khalifah Umar bukan daripada persetujuan orang ramai tetapi merupakan lantikan daripada Khalifah Abu Bakar sendiri. Perlantikan demikian bertujuan untuk mengelakkan perselisihan di kalangan masyarakat Islam sesama sendiri.
o Perlantikan khalifah Uthman selepas Khalifah Umar dilakukan dengan cara mesyuarat.
MAJLIS SYURA ATAU MAJLIS PENASIHAT
Ø Majlis syura atau majlis penasihat kepada pemimpin negara.
Ø Segala keputusan ketua negara harus mendapat persetujuan Majlis Syura, pemerintah tidak boleh sewenang-wenang membuat keputusan.
Ø Rusulullah telah mengikut Sistem Syura seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah.
“ …..dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”.
( surah Ali Imran ayat 159)
”…...dan bagi orang yang menerima seruan tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka….”
(surah Al-Syura ayat 38).
Ø Di dalam pentadbiran Islam, khalifah mestilah merujuk kepada Al-Quran jika terdapat permasalahan yang berlaku dan kemudian merujuk pula kepada sunnah.
Ø Sekiranya tidak dapat mencari jalan penyelesaian, maka harus merujuk kepada Majlis Syura (termasuk hakim-hakim)untuk mencari jalan penyelesaian. Biasanya keputusan ditentukan oleh Ijma’ (persepakatan semua ahli Syura).
Ø Jika ketiga-tiga kaedah ini tidak berjaya mereka boleh melakukan ijtihad yang berdasarkan Al-Quran dan sunnah.jika mereka tidak mendapat jalan pernyelesaian. Selanjutnya.
BAI’AH
Ø Perkataan bai’ah berasal daripada perkataan ba’a yang bermaksud menjual.
Syarat sah berjual beli ialah akad. Kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli mestilah berakad sebelum berjual beli.
Ø Bai’ah khalifah ialah seperti berjual beli, khalifah sebagai pembeli manakala rakyat sebagai penjual.
Ø Membai’ah seorang khalifah bermaksud memberi kepercayaan kepada seseorang khalifah untuk memimpin negara.
Ø Seseorang khalifah mestilah berazam untuk menunaikan tanggungjawab memimpin, dan mempunyai keperibadian yang mulia.
pembinaan keluarga Islam
Pembentukan keluarga Islam mempunyai objektif tertentu, antaranya ialah:
1. Mewujudkan umat yang kuat. Kekuatan ini bermula dari sistem kekeluargaan yang utuh dan padu.
2. Mengekalkan generasi manusia melalui proses kelahiran hasil dari perkahwinan yang sesuai dengan tuntutan syarak dan naluri kemanusiaan.
3. Memelihara keharmonian suami isteri dari tercemar.
4. Mewujudkan kerjasama suami isteri dengan baik dalam mendidik dan menjaga keturunan mereka dengan cara yang baik.
5. Menggalakkan ibadat kepada umat Islam.
6. Mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t, peningkatan darjat dan kemantapan sikap.
7. Menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Monday, October 6, 2008
Ke arah penghayatan Islam yang syumul
Negara Islam- adakah Malaysia sebuah negara Islam?
Friday, September 26, 2008
Non-Muslim menguasai ekonomi Muslim- dalam konteks negara Malaysia
Agak menyedihkan apabila negara Malaysia yang dikatakan negara Islam tetapi hampir seratus peratus ekonomi negara disumbangkan oleh non Muslim. Taraf hidup non Muslim lebih baik dari umat Islam sendiri. Meskipun menyedari akan hakikat itu, namun umat Islam masih enak dibuai mimpi tanpa mengambil peduli betapa pentingnya umat Islam perlu untuk menguasai ekonomi negara Malaysia agar tidak dipandang rendah oleh non Muslim, malah diangkat lebih tinggi lagi kerana menguasai ekonomi. Oleh itu, kita sebagai umat Islam khususnya di negara Malaysia perlu mempunyai persediaan yang secukupnya, menguasai segala jenis ilmu untuk menguasai ekonomi negara supaya akhirnya umat Islam di Malaysia akan menjadi penyumbang terbesar dalam kemajuan negara Malaysia. Wallahu'alam.
Monday, September 8, 2008
tarbiyatul awlad...
jika dilihat pada anak-anak zaman sekarang yang serba moden ini, ibu bapa seolahnya mengabaikan tanggungajwab mereka dalam mendidik anak-anak. mereka tidak memberi pendidikan dan perhatian secukupnya kepada anak-anak. mereka membiarkan anak-anak meronta-ronta mencari halatuju sendiri tanpa mengambil peduli apa yang berlaku terhadap anak mereka. akibatnya anak-anak hanyut dibawa arus kelalaian. apabila perkara ini berlaku, sukarlah bagi ibu bapa untuk mengawal anak mereka. oleh itu ibu bapa tidak mesti tidak perlu memandang serius akan pendidikan terhadap anak-anak bukan sahaja untuk jangka masa yang pendek malah diharapkan untuk jangka masa yang panjang kerana pendidikan adalah suatu perkara yang berterusan tidak ada putusnya.oleh itu di sini ingin saya meminta komentar dari sahabat sekalian akan isu tarbiyatul awlad ini..wassalam
murtad di malaysia-peguam Muslim lancar jihad undang-undang
Kebangkitan seumpama ini sangat membanggakan. Setelah sekian lama peruntukan undang-undang ISLAM yang makin diperkecil dan diperlekehkan, Allah telah menyatukan seluruh peguam Muslim dan mereka yang berjuang dalam arena perundangan untuk bangkit mempertahankan kalimah ALLAH dalam jihad undang-undang. Marilah kita kembali bersatu seumpama kesatuan umat dalam mempertahankan akidah Natrah suatu ketika dulu. Semua rakyat dan pemimpin bersama bangkit mempertahankan Islam demi seorang wanita yang ingin dikafirkan semula oleh sistem perundangan Kuffar. Sebagai umat Islam kita akan terus berusaha mempertahankan akidah rakyat dan membimbing rakyat untuk menghayati Islam yang Syumul. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan Islam yang kian dicabar oleh musuh Islam diserata dunia, dari segala sudut, dari segala dimensi.