Monday, September 8, 2008

tarbiyatul awlad...

anak-anak adalah anugerah Allah s.w.t kepada setiap pasangan suami dan isteri. kehadiran anak-anak menambahkan lagi seri serta melengkapkan kehidupan berkeluarga. secara fitrahnya, anak yang baru dilahirkan ibarat kain putih yang tiada cacat celanya. ibu bapa yang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak samada ke arah kebaikan atau keburukan. jika anak dididik dengan baik, maka baiklah anak itu, jika tidak sempurna didikan, maka rosaklah anak itu. isu pendidikan anak-anak wajib diambil berat. ada pepatah melayu mengatakan "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". ini bermaksud mendidik anak-anak perlulah daripada peringkat awal. memberi pendidikan agama yang secukupnya tanpa henti walaupun anak itu sudah meningkat dewasa kerana dengan ilmu agama yang dimiliki oleh anak tersebut dapat memandu diri mereka dalam membezakan kebaikan dan keburukan.

jika dilihat pada anak-anak zaman sekarang yang serba moden ini, ibu bapa seolahnya mengabaikan tanggungajwab mereka dalam mendidik anak-anak. mereka tidak memberi pendidikan dan perhatian secukupnya kepada anak-anak. mereka membiarkan anak-anak meronta-ronta mencari halatuju sendiri tanpa mengambil peduli apa yang berlaku terhadap anak mereka. akibatnya anak-anak hanyut dibawa arus kelalaian. apabila perkara ini berlaku, sukarlah bagi ibu bapa untuk mengawal anak mereka. oleh itu ibu bapa tidak mesti tidak perlu memandang serius akan pendidikan terhadap anak-anak bukan sahaja untuk jangka masa yang pendek malah diharapkan untuk jangka masa yang panjang kerana pendidikan adalah suatu perkara yang berterusan tidak ada putusnya.oleh itu di sini ingin saya meminta komentar dari sahabat sekalian akan isu tarbiyatul awlad ini..wassalam

2 comments:

CaHaYaPeTuNjUk said...

pendidikan anak-anak sangat penting dalam melahirkan keluarga yang harmoni sekaligus membentuk masyarakat yang berakhlak.. oleh itu, ibu bapa perlu menjadi pendidik terbaik agar anak-anak memiliki keperibadian yang teguh dan tidak mudah hanyut dengan pelbagai gejala sosial yang sangat membimbangkan..

Salwaasdaie said...

saya amat setuju ape yg cik syura tuliskan ni..anak-anak zaman sekarang memang kurang dapat didikan agama dari ibu bapa.saya nak bagi satu laman web,cuba cik syura tengok sendiri anak-anak muda di Terengganu Hadhari...www.tranungkite.net.