Friday, September 26, 2008

Non-Muslim menguasai ekonomi Muslim- dalam konteks negara Malaysia

Pembangunan ekonomi memang merupakan titik keperhatinan ramai ahli bijak pandai baik cendekiawan Muslim mahupun non muslim. Negara yang maju akan dikaitkan dengan ekonomi yang mantap dan kukuh kerana untuk menjadi negara yang maju ekonomi haruslah mantap dari segala segi. Malaysia tidak ketinggalan turut menjadi salah sebuah negara yang maju di Asia. Walaubagaimanapun ekonomi Malaysia tidaklah dikuasai oleh umat Islam sepenuhnya tetapi lebih dimonopoli oleh golongan non Muslim. Ini dapat dilihat dan dibuktikan dengan pembukaan syarikat-syarikat perniagaan yang banyak dimonopoli oleh golongan non muslim. Tidak dinafikan ada juga orang Islam yang membuka syarikat yang besar namun jumlahnya tidaklah banyak berbanding dengan non muslim. Di antara faktor mengapa non muslim lebih menguasai ekonomi Malaysia adalah kerana mereka berani untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan risiko, mereka mempelajari matapelajaran ekonomi dan menguasai bidang tersebut.

Agak menyedihkan apabila negara Malaysia yang dikatakan negara Islam tetapi hampir seratus peratus ekonomi negara disumbangkan oleh non Muslim. Taraf hidup non Muslim lebih baik dari umat Islam sendiri. Meskipun menyedari akan hakikat itu, namun umat Islam masih enak dibuai mimpi tanpa mengambil peduli betapa pentingnya umat Islam perlu untuk menguasai ekonomi negara Malaysia agar tidak dipandang rendah oleh non Muslim, malah diangkat lebih tinggi lagi kerana menguasai ekonomi. Oleh itu, kita sebagai umat Islam khususnya di negara Malaysia perlu mempunyai persediaan yang secukupnya, menguasai segala jenis ilmu untuk menguasai ekonomi negara supaya akhirnya umat Islam di Malaysia akan menjadi penyumbang terbesar dalam kemajuan negara Malaysia. Wallahu'alam.




1 comment:

Laman Bestari said...

Umat Islam pada hari ini khususnya di Malaysia seharusnya sedar bahawa tidak mustahil suatu hari nanti kita akan ditindas oleh golongan ini disebabkan kurangnya keprihatinan terhadap masalah ekonomi di negara kita...Wallahu'alam.