Sunday, October 12, 2008

Pelajar Islam di IPT perlu fasih berbahasa Inggeris

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunapakai hampir keseluruhan negara di seluruh dunia. Tidak terkecuali Malaysia juga menggunakan Bahasa Inggeris di dalam urusan rasmi negara selain Bahasa Melayu yang dijadikn sebagai bahasa ibunda dan perantaraan di Malaysia. Malah bahasa Inggeris juga turut dijadikan bahasa pengajaran di sesetengah IPT tertentu seperti UIAM, KUIS dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Islam khususnya orang Melayu masih berada pada tahap yang lemah dan membimbangkan walaupun bahasa ini telah mula dipelajari sejak kecil. Pelajar Islam seakan mengambil ringan akan bahasa ini kerana tidak menganggap ia bahasa yang penting sedangkan bahasa inilah yang akan digunakan lebih digunakan apabila menempuhi alam pekerjaan. Oleh itu, pelajar Islam harus mempunyai kesedaran untuk menguasai bahasa Inggeris agar tidak ketinggalan jauh di belakang. Wallahua'lam..

1 comment:

MyFahmi said...

Assalamualaikum WBT...

Menyorot kembali penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa adalah satu isu yang sudah acapkali diperkatakan. Malah pelbagai langkah telah diambil dan dirangka serta dipraktikkan untuk memantapkan lagi serta memastikan penguasaan bahasa kedua utama di negara ini berada dalam cengkaman setiap mahasiswa Islam.

Namun begitu, usaha untuk menguasai bahasa ini perlulah dipergiatkan serta perlu dilipat gandakan demi memastikan status mahasiswa Islam tidak berada jauh di belakang berbanding mahasiswa yang lain.

Sebagai buah cadangan, perlulah kepada semua pihak memainkan peranan dalam memastikan kecemerlangan terus berada di dalam matlamat semua dan bukannya kita memperbesarkan titik permaslahan, namun kita perlu bersatu dalam mencari titik persamaan agar kualiti mahasiswa Islam terus unggul.

Wassalam...