Monday, October 6, 2008

Ke arah penghayatan Islam yang syumul

Fikrah kita adalah fikrah Islam atau Din Islam. Agama Islam adalah agama yang terawal dan kekal abadi yang dibawa oleh rasulullah s.a.w, para sahabat dan pengikutnya sehingga hari akhirat kelak. Islam adalah satu peraturan hidup yang luas, lengkap dan merangkumi semua ruang hidup. Kita tidak boleh menambah atau mengurangkan mana-mana bahagian dari ajaran Allah s.w.t . Di dalam apa keadaan sekalipun kita tidak boleh mendahului Islam kerana kita adalah pengikut ajaran Allah s.w.t. Untuk menghayati Islam dengan sebenar-benarnya kita sebagai umat Islam perlu menyesuaikan diri dengan Islam supaya serasi dengan ajaran Allah s.w.t, mengakui dan mengiktiraf agama Islam sahajalah agama yang sebenar-benarnya melebihi agama lain, perlu kepada tarbiyah, berpuas hati hanya dengan agama Islam, kepatuahan kepada Allah yang berterusan, 'ubidiyyah lillahi wahdah, segala yang kita lakukan hanyalah untuk Allah untuk mencapai keredhaan-Nya, melaksanakan Islam keseluruhannya, perlu kepada amal jamaie serta berusaha dan bertawakal hanya kepada Allah s.w.t. Wallahu'alam.

1 comment:

Salwaasdaie said...

Islam...satu agama yang syumul..di dalamnya lengkap dengan pelbagai aspek kehidupan. sesiapa yang beramal dengan agamanya InsyaAllah hidupnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat dan rugilah bagi sesiapa yang tidak mengamalkannya...hidup akan sempurna dengan agama.