Monday, October 13, 2008

gelisah dan murung- penyakit senyap yang membunuh

Umum mengetahui penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan angin ahmar adalah penyakit senyap yang merbahaya. Kerana itu ia dipanggil sebagai pembunuh senyap (silent killer), maka ramai orang takut akan penyakit ini. Sebenarnya tanpa diketahui dan diberi perhatian umum, ada satu lagi jenis penyakit yang lebih berbahaya dan lebih senyap. Ia merupakan penyakit pemusnah. Dikatakan demikian kerana penghidap penyakit jenis ini adalah pesakit yang lebih suka bersendirian dan tidka mahu berkongsi penyakitnya dengan orang lain. Orang lain tidak tahu dan menyedari seseorang itu menghidap penyakit kerunsingan dan kemuraman. Penyakit ini menjadikan penghidapnya mengalami penderitaan yang amat sangat. Apabila ia menghidapnya dalam tempoh yang amat panjang akan memberi kesan yang amat besar dan akhirnya menjadi penjana kepada penyakit seperti histeria, darah tinggi, pitam, urat saraf dan lain-lain.

Penyakit yang dimaksudkan ini lebih dikenali sebagai penyakit kemurungan. Penyakit ini adalah satu cabang daripada penyakit jiwa. Cuma bezanya, sama ada penghidapnya berada pada peringkat ringan atau kronik. Akal mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia, sementara mabuk pula lebih kuat daripada akal. Kekuatan mabuk dapat dikalahkan oleh tidur dan pengaruh yang lebih kuat lagi daripada tidur ialah hati yang gelisah. Oleh itu elakkan daripada gelisah, kerana gelisah boleh membunuh yang mengatasi kekuatan manusia.

1 comment:

amalina said...

Untuk mengelakkan diri daripada gelisah yang berterusan dan memikirkan perkara-perkara yan negatif yang akhirnya akan mengakibatkan penyakit kemurungan ialah dengan selalu mengingati Allah SWT dan mendekatkan diri kepadanya, berfikiran positif dan melakukan aktiviti yang dapat menjanakan manfaat kepada diri kita.