Saturday, October 11, 2008

politik Islam

Politik adalah perkara asas dalam pemerintahan sesebuah kerajaan dan ia tidak boleh dipisahkan daripada islam. Sebagaimana dalam Al-Quran :
” …….hendaklah ada dikalangan kamu satu umat yang meyeru kepada kebaikan (menyuruh kepada makruf) dan melarang dari kemungkaran sementara kamu beriman kepada Allah”.
Apa yang dilihat sekarang ini ramai kalangan pemimpin sesebuah kerajaan terkeliru tentang konsep politik menurut syariat Islam. Golongan ini adalah golongan secular yang terpengaruh dengan budaya yang terpisah dari syariat. Bagi mereka politik harus terpisah dari Islam dan tiada hubung-kait antara keduanya. Politik menurut perspektif Islam pula bukanlah sesuatu yang bersifat statik, jumud dan tertutup rapat. Ia menjadikan syariat sebagai pangkal atau asas utamanya, bersandar kepadanya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan manusia. Dengan kata lain ia bersifat dinamik berkembang bersama perkembangan masyarakat yang sentiasa diperbaharui bersama pembaharuan pemikiran terbuka untuk ijtihad sesuai dengan kehendak sesuatu zaman.

KONSEP POLITIK ISLAM

· Islam merupakan system yang tersusun dan mempunyai prinsip-prinsip yang tetap. Bagi Al-Maududi seorang tokoh terkenal gerakan Islam di Pakistan terdapat tiga prinsip politik dalam Islam iaitu Tauhid, Risalah dan Khilafah.

o Tauhid memberi maksud mempercayai Allah s.w.t. bahawa tuhan yang satu (esa), dan layak disembah. Allah yang mencipta semua kejadian dan menentukan nilai-nilai serta meletakkan ukuran (Qadar).

o Risalah, Allah telah memberikan risalah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul melalui wahyu untuk mengajak manusia mentauhidkan Allah, supaya mereka beriman kepada Allah.

o Khilafah adalah bermaksuh tunduk, sembah ataupun taat. Dalam surah Al-Dzariyat ayat 56, “ Dan tidak aku (Allah) menciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah –KU”.
Pembentukan negara Islam berasaskan Institusi Khilafah mesti diwujudkan. Islam tidak menetapkan cara dan bentuk perlaksanaan dalam politik Islam.

· Apa yang wajar dilakukan ialah melihat ciri-ciri politik Islam yang sesuai seperti Khilafah, Syura dan Bai’ah yang seharusnya menjadi panduan dan pedoman dalam menerajui kerajaan yang diwujudkan. Pemimpin perlu jelas akan matlamat mereka melaksanakan perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan dalam masyarakat dan juga negara berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

INSTITUSI KHILAFAH

Ø Khilafah bermaksud tunduk, sembah ataupun taat.
Ø
Khalifah bermaksud orang yang bertanggungjawab menjadi ketua negara.
Ø
Institusi khilafah zaman Rasulullah bukan seperti intitusi biasa kerana ia berbeza dengan Daulah. Terdapat empat keadaan penting dalam institusi Khilafah zaman Rasulullah iaitu :

o Kuasa mutlak adalah Allah s.w.t.

o Manusia hanya pentadbir di muka bumi sahaja.

o Pentadbiran undang-undang yang dijalankan hendaklah berdasarkan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah.

o Dalam menjalankan undang-undang Allah, manusia perlu memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

Ø Institusi Khilafah penting kerana ia adalah ketua kepada negara dan tertakluk dengan peraturan yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Hadis.

Ø Institusi Khilafah juga merupakan simbol kepada agama Islam. Oleh itu khalifah bukan sekadar menjadi ketua malahan menjadi Imam kepada sembahyang lima waktu.

Ø Khilafah juga merupakan simbol keamanan dan kestabilan negara. Khalifah merupakan hakim dalam mahkamah kerana ia merupakan orang yang paling dipercayai yang seharusnya memainkan peranan penting dalam membuat keputusan undang-undang.

CIRI-CIRI POLITIK ISLAM

PERLANTIKAN KHALIFAH

q Terdapat tiga bentuk pemilihan atau perlantikan khalifah Islam, semasa zaman Khulafa Al-Rasyidin.

o Perlantikan Khalifah Abu Bakar selepas kewafatan Rasulullah adalah daripada persetujuan umum di khalayak ramai dan semua orang-orang Islam telah memberi Bai’ah kepadanya.

o Perlantikan Khalifah Umar bukan daripada persetujuan orang ramai tetapi merupakan lantikan daripada Khalifah Abu Bakar sendiri. Perlantikan demikian bertujuan untuk mengelakkan perselisihan di kalangan masyarakat Islam sesama sendiri.

o Perlantikan khalifah Uthman selepas Khalifah Umar dilakukan dengan cara mesyuarat.

MAJLIS SYURA ATAU MAJLIS PENASIHAT

Ø Majlis syura atau majlis penasihat kepada pemimpin negara.

Ø Segala keputusan ketua negara harus mendapat persetujuan Majlis Syura, pemerintah tidak boleh sewenang-wenang membuat keputusan.

Ø Rusulullah telah mengikut Sistem Syura seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah.
“ …..dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”.
( surah Ali Imran ayat 159)
”…...dan bagi orang yang menerima seruan tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka….”
(surah Al-Syura ayat 38).

Ø Di dalam pentadbiran Islam, khalifah mestilah merujuk kepada Al-Quran jika terdapat permasalahan yang berlaku dan kemudian merujuk pula kepada sunnah.

Ø Sekiranya tidak dapat mencari jalan penyelesaian, maka harus merujuk kepada Majlis Syura (termasuk hakim-hakim)untuk mencari jalan penyelesaian. Biasanya keputusan ditentukan oleh Ijma’ (persepakatan semua ahli Syura).

Ø Jika ketiga-tiga kaedah ini tidak berjaya mereka boleh melakukan ijtihad yang berdasarkan Al-Quran dan sunnah.jika mereka tidak mendapat jalan pernyelesaian. Selanjutnya.

BAI’AH

Ø Perkataan bai’ah berasal daripada perkataan ba’a yang bermaksud menjual.
Syarat sah berjual beli ialah akad. Kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli mestilah berakad sebelum berjual beli.
Ø
Bai’ah khalifah ialah seperti berjual beli, khalifah sebagai pembeli manakala rakyat sebagai penjual.
Ø Membai’ah seorang khalifah bermaksud memberi kepercayaan kepada seseorang khalifah untuk memimpin negara.
Ø
Seseorang khalifah mestilah berazam untuk menunaikan tanggungjawab memimpin, dan mempunyai keperibadian yang mulia.

1 comment:

Salwaasdaie said...

kalaulah negara kita sekarang menjalankan sistem politik Islam, tentu negara kita aman damai, xde kezaliman yang berlaku, xde fitnah yang menular, xde rasuah yang berleluasa dan sebagainya...